Selalu tv zaman sekarang ni mmg tak tahan lama berbanding tv kotak zaman abah2 dulu, kadang-kadang pakai tak sampai 1 tahun dan rosak.
Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa tv sekarang cepat rosak, selain daripada kualiti komponen yang rendah ( biasa tv cap ayam ) , ada beberapa sebab lain.
- TV di tonton dalam jangka masa lama secara berterusan- Biasa kalau tgk tv lebih 12jam sehari secara berterusan, Tv akan cepat rosak kerana komponen elektronik ni kelemahan dia panas, kalau selalu panas, lama2 cepat rosak.
- Tv ketika tidak digunakan plug tidak di off -Biasa orang akan off remote TV dan tinggalkan Tv berada dalam mode standby 24jam , ni pun salah satu punca sebab apabila tv dalam mode standby , powerboard tv masih lagi bekerja seperti biasa iaitu menyediakan supply standby ( biasa dlm 3v ke 5v, sebab tu led standby kat tv menyala apabila kita off ), jadi komponen yang bekerja akan lebih cepat rosak. Tak hairanlah kalau TV tu kita tonton jarang-jarang tetapi masih lagi rosak.
- TV di tonton ketika hujan/kilat – ni biasa orang buat, punca-punca tv rosak yang biasa didapati ialah kena kilat, pastikan plug cabut kalau berlaku kilat di kawasan anda, kilat ni biasa menyerang pada 2 bahagian, bahagian plug atau pun dari piring astro/antenna.
- Banyak binatang peliharaan di rumah – banyak juga tv rosak sebab binatang , diantaranya kena kencing kucing , cicak masuk dalam TV, tikus gigit cable dan semut, jadi kalau anda membela binatang/haiwan ini secara sengaja atau tidak sengaja, pastikan sentiasa ‘alert’ dengan mereka2 ni, nampak jinak tapi, makan modal kalau kena…
Itu adalah diantara beberapa sebab TV di rumah cepat rosak..semoga ia memberi manfaat kepada anda..Mungkin ramai anggap TV tak penting sebab semua dah ada handphone.
Tapi…
TV wajib ada bagi memastikan rumah tidak sunyi seperti di tanah perkuburan…huhuhu
Betul ke tak betul..?