Di zaman serba serbi mahal ni, DIY makin menjadi pilihan untuk setiap pengguna di malaysia, kalau boleh semua nak jimat, semua nak repair sendiri, semua nak wiring sendiri walaupun cable “live” pun tak tau camna nak cek..
Yer..nak jimat tu bagus, tapi kalau benda melibatkan nyawa dan harta ni, kalau zero knowledge tu , tolongla cari orang yang ada kompeten, sebab ianya sgt bahaya.
Untuk mereka yang nak D.I.Y membaiki TV ni , saya sarankan sekurang-kurangnya adalah peralatan( tool ) dibawah ni..jgnla test supply kat TV guna test pen..mmg tak kena cara tu..
- Screw driver (+ dan -)
Screw driver ni penting kalau nak buka belakang TV, biasa kita akan menggunakan screw driver (+) untuk buka screw dan screw driver (-) untuk cungkil cover tv yang jenis takde screw, jadi 2 jenis screw driver ni penting.
- Multimeter
Multimeter juga penting untuk memeriksa supply yang terdapat pada powerboard dan mainboard..terutama supply masuk dari plug. menggunakan test pen tak sesuai kerana ada kerosakan adalah di bahagian DC yang mana testpen hanya berguna untuk memeriksa supply AC.
Nak beli multimeter murah dan berbaloi? klik link ni ==>> multimeter pintar
Dan last sekali..dan yang paling penting..pastikan anda mempunyai ilmu yang betul, tak guna kalau beli tool harga beribu tapi tak pandai nak guna..silap haribulan jadi tikus yang membaiki labu..barang yang di baiki makin rosak..kos lagi mahal dari hantar baiki pada pomen..
Untuk yang nak belajar baiki TV, saya ada menyediakan 3 buah ebook, dalam bentuk pdf untuk anda belajar, ebook ni tak menjanjikan anda menjadi pakar dalam 1 hari, tapi sekurang2nya memberi cahaya pada mereka yang zero dalam bidang elektronik dan TV ni..
Nak beli ebook, boleh klik link gambar dibawah, jangan lupa masukan kod “DISKAUN60” untuk dapatkan diskaun RM60..