“Salam Bos , TV den ada problem la, siaran TV tak dapat , sebelum ni clear je, Tv den problem ke antenna den yang problem ? “
“Hang pakai siaran apa? biasa punya ka?”
“Den pakai MYTV , Tv free tu bos, astro dah potong, asik ulang cerita 10 tahun lepas”
Ok..sapa yang menggunakan siaran percuma digital MYTV , ini ada pesanan penting untuk anda
Pihak MYTV sedang menaik taraf siaran ,kalau yang tak dapat tu , cuba “scan” siaran anda lagi sekali , dan jika masih tak dapat, cuba adjust antena digital anda, mungkin pemancar yg anda tuju mempunyai masalah.
Untuk siapa yang tak tahu apa itu MYTV, ini ada sedikit info untuk anda.
- MYTV merupakan siaran digital percuma yang dibekalkan oleh kerajaan untuk mengantikan siaran analog sekarang.
- Sekarang ni Terdapat lebih kurang 13 siaran digital yang boleh anda tonton secara percuma dirumah.
- Gambar siaran MYTV lagi jelas dan cantik ,seperti menonton astro, jadi kalau anda bukan orang yang pelupa ( astro sesuai untuk org pelupa sebab tu dia ulang cerita sama beratus kali..huhu ) , boleh la potong astro anda, jimat duit..
- Siaran digital ni berbeza dengan analog, kalau analog kita masih lagi boleh tgk kalau signal lemah, cuma gambar tak cantik, berbeza dengan digital, kalau ada signal..anda dapat tgk dengan jelas, kalau takde signal, langsung tak boleh tgk..nak senang paham, sama macam siaran astro ketika hari cerah , dan ketika hari hujan..
- Nak dapat siaran MYTV anda kena ada decoder digital dan antenna digital ( UHF Aerial ).
- Ada Tv yang telah mempunyai IDTV , jadi anda tidak perlu decoder MYTV , terus cucuk ke lubang antenna TV anda dan scan siaran.
Ok..itu adalah sedikit info tentang MYTV , suka atau tidak, samada anda seorang pembangkang atau pro kerajaan , Siaran analog akan di lupuskan sedikit masa lagi dan setiap orang hanya boleh menonton siaran digital sahaja..
Jangan terkejut kalau suatu hari nanti,anda buka tv, semua siaran dah tak dapat..bertukarlah kepada digital hari ini..
maklumat lanjut..klik https://myfreeview.tv/