“Bang…apasal tv ni tiba2 takde gambar, suara pun takde ni..”
“entah la jemah, mana abang tau pasal tv ni, hang bungkuih, esok kita hantar kedai repair tv”
ok..sabaq dulu..
sebelum hantar tv tu ke kedai, sila pastikan 2 perkara ni
- tv tu takde gambar atau
- tv tu takde siaran
cara mudah, gunakan remote atau suis di tv, try main volume + atau volume – atau tekan ‘menu’, ada tak gambar volume atau tulisan menu tu di tv.
Kalau ada maknanya, tv tu tak dak siaran jah, mungkin jugak ada hamba allah dalam rumah tu tertekan remote, atau boleh jadi astro rosak ka, atau cable hdmi rosak.
Mintak la cik abang tu tolong cek , tak pandai? senang jah nak pandai zaman sekarang, youtube dgn pakcik google ada, ni nak taknak ja.semua hujung jari, tgh korek hidung pun boleh blaja.
Bukan apa, nanti hantar kedai, kena siang dengan tokey kedai tu kata mainboard rosak, habis ribu riban, padahal cable hdmi rosak, naya..
kalau dah tekan volume atau menu, gambar pun tak keluar, baru boleh suspek tv yang rosak, boleh la kalau nak hantar kedai..
ok..tu ja nak pesan..selamat happy weekend!!