Boleh dikatakan setiap hari di bulan disember ni , saya menerima wasap/call dari customer yang mengadu TV rosak akibat Kilat!
yup..seperti biasa di malaysia..apabila di penghujung tahun, musim hujan akan tiba dan setiap kali hujan, pastinya kilat dan ribut petir akan berlaku..
Tips ini adalah untuk mereka yang ingin menjimatkan wang dari membaiki TV yang terkena Kilat..
Penting!!
Jika TV anda permah terkena kilat sebelum ini..kebarangkalian untuk terkena kilat kali kedua adalah sangat tinggi..
2 langkah penting yang perlu anda lakukan ketika:
- Hujan
- Sebelum Tidur
- Sebelum keluar Rumah
langkah 1.
Cabut plug TV anda dari soketÂ
langkah 2.
Cabut cable HDMI / cable antenna / cable AV / TV anda
Dengan kurang dari 1 min , anda boleh menyelamatkan TV anda dari rosak disebabkan Kilat..
semoga tips diatas dapat membantu menyelamatkan poket anda dari bocor..
Duit yang ada tu bolehla digunakan untuk beli barang anak nak sekolah , nak renew roadtax ataupun nak pegi bercuti