Sebelum anda beli TV baru, ni saya nak share beberapa Tips yang biasa tapi boleh menjimatkan beratus ataupun mungkin beribu wang anda di masa akan datang..
Tips ni saya dapat berdasarkan beberapa kes study customer2 yang lepas..baca sampai khatam ye..
- Periksa review model TV yang anda nak minat sebelum membeli
Sebelum anda membeli TV yang anda suka tu, cek dulu review atau komen berkaitan TV tersebut, zaman internet dihujung jari sekarang ni mudah sgt, buka je google.com, lazada.com.my atau shopee.com.my dan buat carian model tv yang anda nak beli tu, baca bahagian review..dah puas hati..boleh beli.. - Beli Online atau offline
OK..nak beli online ke offline?..dua2 boleh..dan dua2 ada pro and cons..kelebihan online ialah harga murah dari beli dikedai, tapi tak boleh test , kadang2 bila courier dah sampai rumah, tv rosak . kena return balik pada seller..tengah syok2 tengok, tiba2 rosak, ni pun satu hal, tak tau nak refer pada sapa..
Kelebihan offline , boleh test puas2 , boleh tengok kualiti gambar camna.. dah puas hati baru bayar, dan jika beli secara offline , ada sesetengah store besar menawarkan extend waranty dan insuran , kalau mampu sila beli, sangat2 digalakkan kerana TV sekarang bukan macam TV dulu..ada yang baru beli seminggu, skrin pecah ,anak ketuk dengan botol susu, Tv kotak dulu, ketuk dengan tukul baru pecah..kalau ada insuran boleh ganti dengan TV baru..
bayangkan TV baru anda bersaiz 65″ , android TV, 4K, beli harga punya mahal,ikat hutang 5 tahun.. sampai rumah tak sampai seminggu, anak berebut remote, dibaling remote pada TV, pecah..berderai..huhu..tapi kalau anak level dai’ atau pencetus ummah tu, takpela..tak perlu insuran sebab dijamin selamat.. - Simpan Resit/Waranty kad/kotak
Ni pun penting, banyak customer yang hantar TV rosak walaupun baru beli ..tak sampai 4 bulan dah rosak, padahal tv tu masih ada waranty, tapi disebabkan kad waranty serta resit belian hilang , tak boleh claim..terbang beratus ringgit..
OK..cukup 3 tips ni dulu..nampak simple tapi mahal kos yang anda kena bayar jika anda abaikan..
kalau rasa tips ni bagus, sila share dengan family dan kawan2 ye , biar semua tahu..