Backlight adalah cahaya utama dalam TV LED. Ketahui fungsi, punca kenapa backlight cepat rosak, tanda awal dan apa patut dibuat sebelum kerosakan jadi lebih serius.

Ramai pelanggan datang ke BaikiTV.com dengan masalah yang sama:
“TV ada bunyi, tapi skrin gelap.”
“Gambar ada sekejap, lepas tu hilang.”
“TV makin malap… dulu terang.”
Semua simptom ini biasanya berkaitan dengan satu komponen penting: BACKLIGHT.
Backlight ialah sumber cahaya di belakang skrin TV.
Tanpa backlight → TV boleh hidup, ada bunyi, channel bertukar, tapi gambar langsung tak nampak.
Walaupun TV moden makin canggih, tetapi backlight ialah komponen yang paling kerap rosak.
Dalam statistik servis kami, hampir 60–70% kerosakan TV LED melibatkan backlight.
Jom faham apa sebenarnya backlight, kenapa ia cepat rosak, dan bagaimana kenal tanda awal sebelum kerosakan menjadi lebih serius.
Apa Itu Backlight TV?
Backlight ialah deretan LED kecil yang dipasang di belakang panel TV.
Tugasnya:
- Menerangi skrin
- Menghasilkan cahaya putih untuk paparan imej
- Menentukan kecerahan & ketajaman warna
Tanpa backlight → tiada cahaya → panel tak boleh paparkan apa-apa.
Teknologi backlight biasa:
- Edge LED (cahaya dari tepi – lebih nipis, tapi cepat panas)
- Direct LED (cahaya menembak dari belakang – lebih stabil, tapi guna banyak LED)
Kenapa Backlight Selalu Rosak? (5 Punca Utama)
1. TV On Terlalu Lama Setiap Hari
TV moden direka untuk penggunaan biasa, tetapi bukan 12–15 jam tanpa henti setiap hari.
Penggunaan keterlaluan menyebabkan:
- LED overheat
- Bahagian tertentu jadi lebih panas
- LED mula malap → akhirnya terbakar
Backlight adalah komponen yang paling sensitif kepada haba.
2. Kecerahan TV Terlalu Tinggi (100%)
Kecerahan tinggi = LED bekerja lebih kuat
LED bekerja kuat = cepat haus
Ramai tak tahu TV datang dengan setting backlight default yang agak tinggi.
Lebih lama dibiarkan → lebih cepat backlight rosak.
3. Umur Backlight Sudah Lama
LED backlight bukan kekal selamanya.
Tanda umur hampir tamat:
- TV semakin malap
- Gambar keluar sekejap → gelap balik
- Cahaya tak sekata (patch terang/gelap)
Ini sangat biasa untuk TV berumur 2–6 tahun.
4. Kualiti Elektrik Rumah Tak Stabil
Voltage naik turun boleh merosakkan LED dalam backlight.
Antara puncanya:
- Penggunaan banyak peralatan elektrik berat
- Pendawaian rumah lama
- Petir / surges elektrik
Backlight boleh short bila mendapat voltan “spike”.
5. Kualiti LED Low-Grade
Sesetengah jenama guna LED yang murah untuk jimat kos.
Kesan:
- Cepat panas
- Cepat terbakar
- Tidak tahan lama
Kalau backlight rosak di satu titik, biasanya LED lain akan ikut rosak sebab saling berkaitan dalam satu bar.
Tanda-Tanda Awal Backlight Mula Rosak
✔️ TV gelap tetapi ada bunyi
✔️ Skrin perlu suluh torchlight baru nampak imej
✔️ TV cerah sekejap → gelap semula
✔️ Bahagian skrin tidak sekata (patch cerah gelap)
✔️ TV ambil masa lama untuk menyala
✔️ Gambar pudar dan tidak terang seperti biasa
✔️ Flicker / berkelip bila scene cerah
Kalau TV ada tanda-tanda ini → jangan tunggu sehingga LED bar meletup.
Apa Yang Anda Patut Buat Bila Backlight Bermasalah
1. Jangan On-Off TV Banyak Kali
Ini akan mempercepatkan kerosakan LED.
2. Kurangkan Brightness TV ke 50–60%
Cara paling mudah panjangkan hayat backlight.
3. Pastikan TV Ada Pengudaraan Baik
Jarakkan TV dari dinding sekurang-kurangnya 10cm.
4. Hantar Pemeriksaan Awal
Backlight rosak kadang-kadang boleh selamat lagi jika dibaiki awal.
Lagi cepat cek → lagi tinggi peluang elak kerosakan panel.
Bila Perlu Hantar Cek Segera?
✔️ TV gelap total tapi masih ada bunyi
✔️ TV makin malap dari hari ke hari
✔️ Hanya nampak cahaya samar
✔️ TV mati sendiri selepas beberapa saat
✔️ Ada flicker bila scene cerah
Kalau tunggu terlalu lama, kerosakan boleh merebak ke:
- Power board ( bahagian Inverter Board rosak )
- Mainboard ( biasa model sharp akan keluar error,dan jika tak boleh reset kena tukar IC memory )
Dan masa itu, kos baiki menjadi lebih tinggi atau tak berbaloi.
Servis Baiki Backlight TV – BaikiTV.com / Hobbyzone
Kami sediakan:
🔧 Pemeriksaan TV percuma
🔧 Pengesanan punca tepat (hardware + panel)
🔧 Backlight TV LED / LCD semua jenama
🔧 Baiki TV tak ada gambar, gelap, flicker
🔧 Warranty selepas repair
🔧 Boleh hantar terus ke kedai atau pickup (ikut kawasan)
📞 Wasap terus 24 jam:
https://www.wasap.my/60167462737/TVRosak
FAQ Ringkas
1. Backlight boleh rosak walaupun TV baru?
Ya, jika brightness terlalu tinggi atau elektrik tak stabil.
2. Adakah backlight rosak bermaksud TV dah tak boleh guna?
Tidak. Kebanyakan kes masih boleh diselamatkan jika diperiksa awal.
3. Suluh torchlight dan nampak gambar—apa maksudnya?
Itu tanda backlight rosak 100%, tapi panel masih ok.

