2 perkara penting telah berlaku di daerah seremban minggu ni
- PKPB bermula 5/11/2020
- Banjir
Belum sempat PKPB dilaksanakan diseremban, banjir besar dah datang dulu sebelum itu, banyak harta benda yang rosak, tak sempat nak diselamatkan,terutamanya barang elektronik seperti TV.
Dengan PKPB, masalah kewangan pasti akan dialami oleh kebanyakan rakyat marhaen, nak kerja susah, nak berniaga pun susah.
OK..
untuk kali ni abam nak bg tips untuk anda menyelamatkan peralatan elektriknya selepas tenggelam banjir contohnya TV,peti ais,mesin basuh dan sebagainya.
Caranya ialah :
- Jangan ON tv anda selepas banjir
- Cabut plug , keringkan TV anda
- jemur tempat yang panas selama yang boleh, lagi lama ,lagi bagus
- kalau ada skru driver, buka cover belakang TV dan jemur dalam keadaan terbuka, lagi cepat kering
- lap lumpur di TV dengan kain kering, tak perlu sembur dengan air
- Selepas 1 ke 2 minggu, apabila dah betul2 kering, onkan TV anda dan test.
Jika bernasib baik, insyaallah TV anda boleh di tonton semula, cuma jangka hayat TV kena banjir ni biasa tak lama, sebab karat akan berlaku, tapi sementara tengah gawat , benda boleh guna, kita guna..jimat..
Perlu ke hantar ke kedai baiki?
Tak perlu, buat dulu step diatas, kalau test ada problem , baru buat next step iaitu
- Beli TV baru
- Repair TV tu
Tips diatas ni boleh dilakukan jika anda tak pernah cuba ON TV tersebut selepas banjir.
Tapi..
Jika anda dah ON lepas banjir, ketika TV itu belum kering, dan anda dapati TV dah tak boleh ON, boleh lupakan step diatas kerana TV anda dah rosak, jadi boleh ke step seterusnya iaitu beli TV baru..
Semoga tips diatas dapat membantu menjimatkan wang anda..
Selamat mengharungi PKPB sehingga hujung tahun..
p/s : kedai baiki TV seremban kini berpindah ke kedai baru yang lebih luas dan selesa, kedai dibuka setiap hari waktu pkpb bermula jam 9.30pg hingga 5.30ptg, ahad buka, maklumat lanjut wasap ke 016-7462737 , nak call pun boleh tapi waktu operasi sahaja .