“Mahal bro? baik beli baru”..kata En dollah kepada teknisyen TV ..padahal kawan tu caj rm200, dah la tv saiz 50″ pulak tu..terkebil2 teknisyen TV tu, sambil memikir , ada ke sekarang TV baru harga rm200..huhu
ok..
Nak repair ke nak beli baru ni…persoalan yang sentiasa bermain diminda.
Ada 2 jawapan dan ianya berbeza berdasarkan situasi semasa anda :
jawapan 1 ( Beli Baru )
Beli baru – kalau ketika itu anda memang berduit, atau anda sememangnya seorang kaya, beli jela yang baru, TV rosak tu sedekah je la kat sapa2 ,buat sparepart, bila lagi nak rasa tv 4K skrin melengkung yang harga berbelas ribu tu, ni la masanya..kalau TV elok, takde alasan pulak nak tukar baru.
Beli baru – Jika kos hampir sama harga TV baru, contohnya rosak skrin, atau skrin pecah, harga kos membaiki hampir sama dengan harga TV baru.
Jawapan 2 ( Baiki TV )
Baiki TV – kalau poket tengah kering, sebab hujung bulan , anak2 pulak bising tak boleh tengok channel 601 , dah anak2 bising, terpaksa bagi telepon untuk anak2 main youtube, ye la , ibu bapa zaman sekarangkan Bizi ..jadi, baiki je sementara nak cukup duit untuk beli TV baru
Baiki TV – Jika kos tak berapa mahal, dan logik, biasa kalau rosak board takdelah kos sampai beribu, bandingkan dengan harga TV baru, kalau murah banyak dari harga TV baru, baiki sahaja.
Baiki TV- jika tv tu ada komersial value ,mana tau hadiah en suami ke, hadiah wedding ke, lucky draw ke, boleh je nak baiki, sebab kita nak dpt tv tu pun takde kos..
ok.harap membantu..
selamat bercuti dan menyambut Hari Malaysia !!!