“Bro..Tv aku baru rosak semalam, tiba2 tak boleh ON plak, dah 5 tahun aku pakai TV ni, ko rasa baik beli baru atau repair..?”
Mana lagi ok?
Ni soalan biasa yang customer tanya , boleh kata setiap hari mesti ada soalan ni orang tanya kat wasap..
ok..jawapan dia mudah je..
jawapan ..
Tanya kat diri sendiri soalan ni..duit aku ada berapa? kalau nak beli tv baru cukup tak? ..kalau jawapannya ” ya , duit aku ada banyak ” …ok . jangan fikir panjang..terus ke kedai elektrik berhampiran dan beli tv baru..
waranty kedai bagi 1 ke 2 tahun, walaupun TV baru sekarang ni bukan tahan lama pun , ada yang saya dapat, baru beli 4 bulan dah rosak..sekurang2nya masa ada waranty tak sakit kepala..tapi ingat..waranty cuma cover kerosakan berpunca dari kilang, kalau pecah sebab anak baling botol tu mmg tak dapat nak cover.
Kalau jawapan ” Tidak” , ada 2 pilihan jawapan dibawah:-
- repair je tv tu, jika orang rumah dah bising, anak menangis nak tengok kartun, stress kat rumah sebab kena bebel..stress wooo.. harga repair takla murah sangat pun , cuma lagi murah dari beli tv baru..
- Jangan repair, pekakkan telinga, tunggu sampai cukup duit, kalau dah mampu ,pegi kedai elektrik, beli tv baru..
Jawapan sebenarnya ada pada diri sendiri, bukak je maybank2u atau bank masing2 dan check baki..
Kebaikan beli TV baru berbanding baiki TV yang rosak
- waranty sehingga 2 tahun, kalau baiki tv biasa 1 minggu hingga ke 3 bulan waranty
Keburukan beli TV baru
- Harga mahal berbanding harga baiki TV yang rosak