Ramai tetamu yang ke Hobbyzone, terkejut betapa mudahnya menyiapkan seunit tv yang rosak, adakalanya tak perlu sebarang modal, cuma buang cicak yang short dan cuci semula papan litar, dah boleh jimat Rm100 ke rm200 dari biasa.Jumlah penjimatan itulah kadar keuntungan pada juruteknik yang menjalankan bisnes servis dan membaiki tv ni.Mereka bukan menipu atau sebagainya, itulah harga “ILMU”.
Ada juga yang bertanya, tinggikah kos untuk memulakan perniagaan servis ini.. Ringkasan kos :
1-Ilmu – Ada kelas-kelas yang dianjurkan oleh kerajaan dan pihak swasta, kos bayaran antara Rm100 ke Rm3000.Ada jangka panjang dan jangka pendek.Terpulang pada masa dan budjet anda.Ada masa cari digoogle.
2.Alatan -Alatan basic tidaklah terlalu mahal, cukuplah budget antara Rm1000 ke Rm1500 untuk permulaan.
3.Premis- Biasanya pada permulaan, anda boleh lakukan secara sambilan dirumah,bila dah dikenali barulah mencari premis tetap.Untuk mencari premis tetap agak mahal, dilokasi kami,Bandar Baru Bangi, untuk masuk sahaja kepremis memerlukan sekurang-kurangnya Rm7000 malah ada yang sampai puluhan ribu Rm.Belum masuk pengubahsuaian .
4.Pengiklanan- Untuk dikenali pelanggan, anda memerlukan masa yang agak lama.Pelanggan agak cerewet memilih tempat yang diyakini untuk menghantar barangan untuk dibaiki.
5.Pembantu – Biasanya kita memerlukan seorang pembantu, tv sekarang agak besar dari segi saiz, biasa gaji pembantu antara RM35 ke Rm50 sehari selama 8 jam kerja.
Itulah serba sedikit maklumat bagi yang ingin tahu kos kasar bagi memulakan perniagaan membaiki alatan elektronik.Secara kasarnya lebih kurang Rm10000 ke Rm15000.Tapi Inshallah, pulangan modal akan dapat semula dalam 2 @ 3 tahun.
Lihat sahaja angka modal yang perlu dikeluarkan, ramai yang tidak sanggup, tambahan pula situasi ekonomi negara sekarang kurang memberangsangkan.
Kami diHobbyzone ingin membantu rakan-rakan yang kurang upaya dari segi kewangan, tetapi mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini serta ingin mengubah situasi kewangan masing-masing.
1.Ilmu- Tidak perlu difikirkan lagi kos untuk membayar tenaga pengajar, kos pengangkutan untuk ketempat belajar, tanpa limit, anda sentiasa dibimbing oleh otai-otai yang berpengalaman puluhan tahun dalam bidang ini.Belajar sambil dapat income,inilah konsep belajar sebenar.
2 Peralatan -.Alatan bernilai puluhan ribu disediakan.Gunalah dengan cermat, mungkin dapat dimanafaatkan oleh kumpulan akan datang.
3 Premis-.Tak perlu keluarkan sebarang kos, kami sediakan premis yang selesa dan mudah dicari.PERCUMA, anda tidak perlu membayar sebarang sewa.Premis disediakan percuma untuk semua sehingga 31Disember 2017.
4.Pengiklanan : Tak perlu.Hobbyzone tak perlu lagi diperkenalkan, pelanggan sentiasa ada,kita yang tak mampu nak membaiki.Jimat masa untuk dikenali.Fokuskan masa yang ada untuk cari rezeki.
5.Pembantu – Tak perlu fikirkan kos untuk membayar pembantu dan pengawal yang menjaga barang-barang pelanggan anda yang ditinggalkan dipremis, kami bayar gaji staff tersebut.Khas untuk membantu anda.(Jika ada rezeki lebih,hulurlah pada beliau duit makan ikut keikhlasan anda). Staff kami sentiasa ada 24/7.
Dan lagi- Alatganti yang banyak, anda tidaklah teraba-raba meneka apakah masalah tv pelanggan.Gunalah untuk test sebelum membeli alatganti yang baru.Jimat masa dan tenaga.
Yang paling istimewa, setiap tugasan yang anda lakukan, hasilnya 80% hak anda.kami cuma ambil 20% dari keuntungan bersih.
Contoh : Job tv 42 inci. Kos alatganti Rm 50..Caj pelanggan Rm250.Untung bersih Rm 200.Rm160 hak anda, Rm40 untuk tabungan bagi kos sewa, letrik dan bil air.
Semuanya ini untuk anda dengan modal cuma Rm3000.Setiap pelanggan yang tidak mahu DIY, akan kami pass kepada anda.Buatlah sebaik yang mungkin,Insha Allah, rezeki dalam bidang ini sangat lumayan. Bila berakhir tempoh anda hujung tahun ini, semua alatan yang disediakan pada workstation anda, ambillah untuk kegunaan anda berdikari memulakan bisnes.Bila dah dikenali, mudah mendapat pelanggan.
kami telah beroperasi di seremban 2..Yang berminat lock workstation masing -masing sebelum 10 Mei.
016-7462737 (Call @whatsapp lepas Asar, siang nak tidur dulu)