Camni bos.. tadi masa saya tengah tengok TV , tiba2 tv saya tu mati, saya cek supply plug ok, saya rasa fuse kat plug ni terbakar je ni, boleh repair bos?
hehehe..
Ayat biasa dari customer yang abam dapat dalam wasap ..mudahnya baiki tv kalau setakat fuse tu putus, tak perlu hantar kedai pun,pegi kedai hardware , beli fuse, tukar je sendiri, tak sampai 5 hinggit..
Ok..ni abam nak cerita skit..true story nih..
Fakta bukan Auta
- Dalam 100 biji TV yang rosak, nak jumpa sebiji yang hanya tukar fuse dan TV terus ok, sangat mustahil.
- Fuse berfungsi untuk “protect” komponen elektronik lain dari rosak, jadi jika berlaku beban arus tinggi, fuse akan bertindak ‘mengorbankan dirinya” untuk menyelamatkan kawan2nya dari terbakar dan rosak.
- Jadi, kalau fuse putus,mesti ada komponen lain yang terkorban sama,atau mungkin komponen tu la punca beban arus tinggi dan fuse tu putus, fuse tu takkan suka2 bunuh diri tanpa sebab ye..
- Technician TV biasanya akan memeriksa setiap komponen satu persatu..di ulang..setiap komponen.. sehingga la jumpa punca yang menyebabkan fuse itu putus..
- Jadi bukan kerja senang..berpinar mata mengadap smd yang kecik2 ni..kadang2 dekat seminggu pun tak jumpa apa masalah..last2 termenung tepi tangga..
- Untuk menyelesaikan masalah TV yang tak jumpa masalah komponen ni,biasanya jalan termudah, tukar powerboard..
Jadi.. sebelum hantar TV ke mana2 kedai baiki tv tu jangan berharap kos baiki TV anda cuma rm10 sebab hanya tukar fuse..
Dan jika tiada asas dlm elektronik dan elektrikal, berhati2 ketika DIY tv sendiri, nak jimat punya pasal ,last2 masuk ICU seminggu..tak berbaloi..memang sekarang ILMU senang nak dpt..dalam youtube tu pun banyak..cuma betul ke ilmu yang diajar tu..wallahualam..
p/s : nak baiki TV ? wasap model tv dan masalah ke 016-7462737