Ok..aggrement dah sign..deposit dah bayar..next step..kena pasang meter TNB dengan meter Air ..Disebabkan kedai ini dah lebih 6 tahun tiada penghuni, jadi semua meter dah kena cabut jadi kita kena la apply sendiri meter air dan TNB tersebut..
Ni kontraktor elektrik bahagian pasang papan meter, sebelum korang nak masuk meter TNB, pastikan papan meter lengkap dengan wiring dan fuse, TNB tak pasang semua tu..
Ok..siap dah pasang papan meter dan wiring, dah completed macamni barulah boleh pergi ke TNB dan apply meter..
Untuk pendawaian 3 phase , korang kena standby deposit yang boleh tahan mahalnya iaitu RM 26++ tak silap, tak lebih RM 2700..mahal wehh..
Jadi untuk yang nak apply meter 3 phase , standby duit tu kena lebat skit..
Boleh je nak apply single phase, tapi wiring di DB mesti kena tukar pada single phase, deposit murah skit tapi leceh sebab kena ubah macam-macam..
Kerja seterusnya , pergi ke TNB Port Dickson dan SAINS Port Dickson untuk permohonan elektrik dan air..Untuk apply air di SAINS , deposit RM300 , kena bayar cash siap2 masa hantar borang.
Dokumen yang diperlukan?
Biasa lebih kurang je untuk kedua2 tempat ni, cuma untuk lebih detail, korang semua kena pergi ke pejabat berhampiran korang..
Meter air dah pasang selepas 3 hari apply, boleh tahan laju jugak..tapi ada leaking skit kat stop cock, takpe boleh report, janji dah ada air..
Meter TNB pun dah siap pasang, lupa pulak nak ambil gambar, biasa amik masa 3 hari dari tarikh kita dah bayar full deposit, kalau tak bayar , diorang tak pasang..
Nak buat apa lagi lepas ni? next!!