TV ada bunyi tapi skrin gelap? Ketahui punca utama seperti backlight rosak, T-Con bermasalah atau panel gagal. Panduan lengkap & bila perlu hantar cek percuma di BaikiTV.com.

Bayangkan anda tekan ON TV seperti biasa. Bunyi keluar elok, remote berfungsi, channel bertukar… tapi skrin langsung tak ada gambar.
Gelap. Hitam. Atau hanya nampak cahaya samar.
Ramai pelanggan di BaikiTV.com datang dengan ayat sama:
“TV saya ni pelik, ada bunyi… tapi gambar tak keluar. Rosak apa ni?”
Masalah “ada bunyi tapi tak ada gambar” adalah kerosakan No.1 paling biasa berlaku pada TV moden — terutamanya TV LED 32″, 43″, 50″ atau 55″.
Berita baiknya — kebanyakan kes ini masih boleh dibaiki, dan kos selalunya jauh lebih murah berbanding beli TV baru.
Jom lihat punca sebenar kenapa masalah ni berlaku.
5 Punca Utama TV Ada Bunyi Tapi Tak Ada Gambar
1. Backlight Rosak atau Terpadam
Ini punca paling biasa (70% kes).
Backlight bertugas menerangi panel skrin.
Apabila backlight rosak:
✔️ TV ada bunyi
✔️ Skrin gelap sepenuhnya
✔️ Kadang-kadang gambar ada tapi sangat samar bila suluh dengan torchlight
Backlight rosak disebabkan:
- TV on terlalu lama
- Umur LED sudah haus
- Kualiti LED strip rendah
- Panas melampau dalam TV
Good news: backlight boleh dibaiki atau ditukar.
2. T-Con Board Bermasalah
T-Con board ialah “otak kecil” yang menghantar visual ke panel.
Jika T-Con rosak:
- TV ada bunyi
- Skrin hitam atau penuh warna solid
- Ada ‘flash’ sekejap sebelum gelap
- Gambar tak stabil / glitch
Ini kerosakan sederhana — biasanya boleh diganti atau dibaiki.
3. Power Board Lemah
Jika power board tak hantar voltan tepat:
- Backlight tak menyala
- Panel tak dapat kuasa penuh
- TV hidup tapi skrin mati
- Kadang TV restart sendiri
Ini kerosakan yang banyak terjadi pada TV yang selalu on berjam-jam.
4. Mainboard Bermasalah
Mainboard rosak boleh sebabkan:
- Tiada output video
- Audio masih ok
- HDMI/port lain tak berfungsi
Kerosakan mainboard boleh berpunca daripada:
- Petir
- Voltage spike
- Overheating
- Part rosak / IC short
5. Panel TV Rosak (Jarang, tapi Paling Mahal)
Kalau panel rosak, tanda-tandanya:
- Skrin gelap walaupun backlight hidup
- Tiada sebarang cahaya
- Warna pelik bila on
- Ada “patch” hitam besar
Kalau panel rosak total → biasanya 50/50 , ada yang boleh dibaiki,ada yang tak boleh, boleh cuba..
Cara Mudah Uji TV Anda (Tanpa Buka TV)
Test 1: Tengok Cahaya Guna Torchlight
✔️ Nampak bayang-bayang gambar?
→ backlight rosak
✔️ Hitam total, tak nampak apa-apa?
→ T-Con/mainboard/panel
Test 2: Tengok Cahaya Bila TV Baru On
✔️ Skrin cerah 1 saat, lepas tu gelap
→ backlight weak / short
Test 3: Remote Function Test
Jika channel boleh tukar (dengar bunyi berubah) → TV sebenarnya hidup, cuma gambar tak dipaparkan.
Anggaran Kos Baiki
Harga berbeza ikut model & saiz TV, nak tahu lebih lanjut berkaitan harga boleh terus hantar ke kedai untuk pemeriksaan PERCUMA.
Bila Masa Sesuai Hantar Cek?
✔️ Bila TV gelap tiba-tiba
✔️ Bila gambar hilang tetapi bunyi masih ada
✔️ Bila TV hanya nampak cahaya samar
✔️ Bila TV ambil masa lama nak paparkan gambar
Lebih cepat hantar → lebih murah untuk selamatkan komponen lain.
Servis Cek Percuma BaikiTV.com / Hobbyzone
Kami sediakan:
🔧 Cek TV 100% percuma
🔧 Terus bagi harga sebelum baiki
🔧 Tiada caj kalau tak jadi baiki
🔧 Boleh hantar dan tinggal TV
🔧 Jaminan selepas repair
🔧 Repair TV, mesin basuh, eletrik & wiring
📞 WhatsApp 24 jam:
https://www.wasap.my/60167462737/TVRosak
FAQ Ringkas
1. Bolehkah masalah ini settle dengan reset TV?
Biasanya tak. Masalah ini melibatkan hardware, bukan software.
2. Backlight rosak perlu tukar semua?
Ya, untuk hasil tahan lama — tukar 1 bar saja tak tahan.
3. TV saya gelap tapi bunyi kuat. Bahaya ke?
Tidak bahaya, tapi jangan paksa on-off banyak kali. Boleh rosakkan board lain.

