Assalamulaikum dan salam sejahtera..
Ada banyak jenis kerosakan yang biasa berlaku kepada TV LCD , LED dan Plasma, dan saya telah menkategorikan kepada 2 jenis iaitu:
- Kerosakan yang boleh dibaiki murah
- Kerosakan yang boleh dibaiki tetapi mahal
murah yang dimaksudkan bukan murah berharga rm 10 atau pun rm20, tapi murah dari membeli Tv baru 🙂
Untuk kategori Kerosakan yang boleh dibaiki dengan kos murah ialah:
- Screen TV mengerutu , macam plastik keras dan koyak
- Screen TV ada gambar tetapi ada tompok putih didalam screen
- Tv yang rosak kena kilat
- Tv yang tiba2 tidak boleh on, tetapi lampu standby ada menyala
- Tv yang tiada gambar tetapi ada suara
- Tv yang mempunyai gambar berbayang
Kos membaiki kerosakan seperti diatas ialah rm150 keatas,bergantung pada saiz dan brand TV
Untuk kategori kerosakan yang boleh dibaiki dengan kos mahal, pendek kata tak berbaloi
- Tv yang screen Retak/pecah
- Tv yang screen kena kencing kucing
- Tv yang screen ada jalur hitam, 1 line
- Tv yang mempunyai tompok bulat di screen warna hitam
Kos membaiki kerosakan diatas dari rm800 keatas, atau lebih baik beli TV yang baru..