Semalam kita dah belajar tentang backlight , Hari ni kita nak sembang pasal mainboard dalam TV. Kalau korang selalu dengar istilah ni tapi tak tahu apa fungsinya, jangan risau, saya explain dengan cara paling mudah untuk korang faham.
Apa Itu Mainboard?
Mainboard (kadang-kadang dipanggil motherboard) ni boleh dianggap “otak” untuk TV korang. Semua benda elektronik dalam TV berfungsi sebab mainboard ni yang kawal. Kalau tak ada mainboard, TV korang basically macam skrin kosong tak boleh buat apa-apa.
Fungsi Utama Mainboard dalam TV
- Menguruskan Isyarat Input
Korang pernah cucuk HDMI, USB, atau kabel AV ke TV? Semua isyarat dari peranti tu (contohnya dari konsol game, decoder, atau laptop) akan masuk ke mainboard dulu. Dia akan proses isyarat tu dan tukarkan jadi gambar dan bunyi pada skrin TV korang. - Mengawal Paparan Skrin
Mainboard ni juga yang hantar arahan ke panel skrin (LCD, LED, atau OLED). Dia pastikan imej yang korang tengok tu jelas, warna tepat, dan gerakan lancar. - Mengawal Audio
Selain gambar, mainboard juga bertanggungjawab untuk audio. Isyarat bunyi yang datang daripada sumber seperti TV box atau konsol game akan diproses sebelum dihantar ke speaker TV. - Mengawal Fungsi TV Pintar (Smart TV)
Kalau korang guna Smart TV, mainboard adalah tempat semua aplikasi macam Netflix, YouTube, atau pelayar internet “tinggal”. Ia ada cip pemprosesan, memori, dan sistem operasi yang buat TV korang “pintar.” - Sambungan ke Komponen Lain
Mainboard ni macam pusat kawalan trafik. Dia sambungkan semua komponen dalam TV, termasuk backlight, power supply, WiFi, dan port sambungan. Semua data lalu kat sini.
Bahagian Penting pada Mainboard
Mainboard ada banyak komponen kecil, tapi ni beberapa yang paling penting:
- Prosesor (CPU)
Untuk proses isyarat video, audio, dan aplikasi Smart TV.
- Chipset Grafik (GPU)
Kawal grafik dan pastikan paparan skrin nampak lancar.
- Memori dan Storan
Simpan data seperti firmware, aplikasi Smart TV, dan tetapan TV.
- Port Sambungan
Tempat cucuk HDMI, USB, Ethernet, dan lain-lain.
- Komponen Kawalan Kuasa
Mengawal bekalan kuasa kepada semua komponen dalam TV.
Apa Jadi Kalau Mainboard Rosak?
Kalau mainboard TV rosak, korang mungkin akan nampak masalah seperti:
- Lampu standby ada tapi tv tak boleh OFF/ON…jammed camtu
- Gambar -ve
- TV langsung tak boleh hidup.
- Fungsi Smart TV tak boleh digunakan.
Kalau korang alami masalah ni, biasanya teknisyen akan periksa mainboard dulu sebab ia antara komponen yang paling penting. Kadang-kadang, mainboard boleh dibaiki, tapi kalau komponen susah nak dapat, ia perlu diganti.
Kesimpulan
=========
Mainboard ni ibarat pusat kawalan untuk semua benda dalam TV korang. Dari gambar, bunyi, sambungan, sampai fungsi Smart TV – semuanya dikawal oleh mainboard. Kalau TV korang ada masalah, jangan panik, mungkin mainboard tu cuma perlukan servis atau penggantian.
Semoga artikel ni membantu korang faham lebih mendalam pasal TV korang. Nak belajar apa lagi pas ni? Sila Komennnn..