Mungkin ada diantara anda yang mengalami masalah astro tak mendapat siaran, ada banyak sebab cuma untuk kali ni sy nak share masalah tak dapat siaran disebabkan astro dekoder tak di ON dalam jangka masa yang lama..
Biasa masalah ni berlaku pada owner homestay..
yang mana waktu pkp ni homestay dah jadi rumah berhantu disebabkan semua booking di ‘cancel’kan oleh customer disebabkan pkpb. Jadi nak mengelakan kena bayar elektrik yang tinggi, pengusaha homestay biasa akan matikan semua peralatan elektrik didalam rumah.
Ada juga yang berlaku disebakan TV rosak dirumah..
Nak tunggu TV siap dibaiki/beli Tv baru kadang2 amik masa berbulan, jadi dekoder astro pun di matikan dan bukan dalam mod standby..
apabila sekian lama dan anda ONkan dekoder astro dan TV anda, anda akan mendapati ada logo di bahagian hujung kiri Tv anda berbentuk segitiga warna kuning
Jika masalah ini berlaku
- Pastikan akaun Astro anda aktif, bukan dah kena potong
- jika masih aktif, ikuti langkah dibawah
- Call 03-95434133
- Pilih bahasa – 1 ENGLISH / 2 MELAYU
- Tekan 4 – REFRESH SIGNAL
- Masukan 12 DIGIT Nombor Smart Card disertakan Butang #
contoh : 011068249223#
Dalam masa beberapa saat , anda akan mendapat semula siaran astro anda, jika tak berjaya , cuba ulang step tersebut sekali lagi.kalau tak berjaya juga, mungkin masalah lain seperti
- smartcard rosak
- piring astro problem
- masalah cable
Selain dari cara diatas , anda boleh juga terus ke service centre astro berdekatan , tetapi masa covid ni , tak digalakkan, bukan sebab virus, tapi dia punya siksa nak masuk tu, kena beratur kat luar punya lama , dah la panas..siksa wooo
Semoga bermanfaat..
p/s : Nak baiki TV yang rosak? waktu operasi kedai baiki TV seremban adalah dari 9.30pg sehingga 5.30ptg, isnin sampai sabtu, boleh datang secara walk in dan bawa tv anda yang rosak tu sekali, maklumat lanjut boleh wasap ke 0166392737