Zaman sekarang ni, TV LED dah jadi benda wajib ada kat rumah. Tapi bila tiba-tiba TV rosak, kita jadi blur — tak tahu nak mula dari mana. Masalah ni datang macam-macam: tak ada gambar, tak ada bunyi, lampu power je nyala, skrin gelap, kadang-kadang gambar ada tapi rosak, atau bunyi okay tapi visual kelaut.
So dalam artikel ni, jom kita sembang cara nak bezakan masalah TV sama ada dari panel, power supply atau mainboard. Bukan semua kerosakan kena terus tukar TV. Kadang benda kecik je, tapi sebab tak tahu, terus panik. Rileks… baca sampai habis.

🔌 Power Supply – Jantung Utama Nak Hidupkan TV
Power supply ni macam jantung. Kalau jantung tak berfungsi, badan pun lumpuh. Fungsi utama power supply adalah tukar voltan dari plug dinding (AC) kepada voltan yang TV perlukan (DC). Kalau power supply problem, TV takkan ON langsung atau akan ‘mati segan hidup tak mahu’.
Tanda-Tanda Power Supply Rosak:
- TV langsung tak ON walaupun dah tekan power.
- Ada bunyi ‘tik’ je masa cuba ON.
- Lampu standby ada, tapi bila tekan power takde respons.
- TV ON, tapi lepas beberapa saat terus OFF balik (auto shutdown).
Cara Nak Confirm:
Kalau pandai buka casing dan ada multimeter, boleh check voltan output dari power supply ke mainboard. Kalau tiada bacaan atau tak stabil, besar kemungkinan power supply dah lemah atau ada komponen yang ‘kong’.

🧠 Mainboard – Otak Yang Kawal Segalanya
Mainboard ni ibarat ‘otak’ dalam sistem TV. Ia uruskan semua input/output, signal video/audio, sambungan HDMI, USB, remote control dan sebagainya. Kalau power supply bagi ‘tenaga’, mainboard pulak yang kawal keseluruhan operasi.
Tanda-Tanda Mainboard Bermasalah:
- TV boleh ON tapi tiada gambar dan tiada bunyi.
- TV hang ( biasa TV android byk masalah ni ).
- HDMI/USB tak detect langsung.
- TV restart sendiri.
Cara Nak Confirm:
Check signal voltage dari powerboard ke mainboard , kalau voltage cukup… boleh suspect mainboard rosak. Kadang ada IC atau firmware pun boleh corrupt.
🖼️ Panel – Skrin Tu Sendiri
Panel adalah bahagian paling mahal dalam TV. Kalau panel rosak, kos repair boleh jadi tak berbaloi – sebab harga kadang hampir sama dengan beli TV baru. Tapi jangan terus assume panel rosak – banyak kes orang ingat panel rosak, tapi rupa-rupanya masalah backlight je.
Tanda-Tanda Panel Rosak:
- Ada garisan mendatar/menegak kat skrin (terutama warna-warni).
- Skrin jadi ‘negative’ macam kesan kamera infrared.
- Gambar pecah-pecah, ghosting atau berlapis.
- Sebahagian skrin gelap (bukan sebab backlight).
- Tekan skrin, keluar kesan pelik-pelik.
Cara Nak Confirm:
Cuba suluh skrin dengan lampu telefon – kalau nampak bayang gambar, backlight je rosak, panel selamat. Tapi kalau skrin gelap terus, atau ada kesan retak halus, kemungkinan panel dah problem.
💡 Tips Penting Sebelum Hantar Repair:
- Tanya pomen secara detail. Pastikan mereka dapat terangkan apa masalah tv, dari situ kita boleh tahu samada pomen tu berpengalaman atau tidak.
- Pastikan ada job order . Ini penting untuk memastikan TV kita tidak bertukar dengan TV customer lain.
- Tanya dulu anggaran kos. Kadang repair takdela mahal sangat berbanding beli TV baru
📌 Kesimpulan: Jangan Cepat Gelabah, Biar Bijak Nilai
TV rosak bukan terus bermaksud “kena beli baru”. Bila tahu beza antara power supply, mainboard dan panel – kita lebih yakin nak decide. Kalau rasa tak yakin, hantar je ke pusat servis yang dipercayai macam Hobbyzone Seremban.
Kami boleh bantu diagnos TV LED anda dengan alat yang lengkap dan staf berpengalaman. Nak tahu masalah sebenar? Boleh hantar WhatsApp ke 016-6392737 atau terus datang ke kedai. Lokasi kami kat Seremban 2 – senang parking, senang bincang.
Kalau artikel ni membantu, jangan lupa share dekat kawan-kawan atau famili. Mana tahu, ada yang tengah pening dengan TV kat rumah 😄