Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni saya menerima sebuah TV pelangan brand sharp 3D 42 inci, masalah TV ini ialah tidak boleh ‘On’ dan lampu LED blinking sebanyak 2 kali..
Seperti biasa, anggapan awal ialah masalah mainboard, tapi untuk memastikannya, bedah siasat perlu dilakukan.
Supply dari powerboard ke mainboard didapati ‘0’ , tetapi jika dibuka cable ke mainboard , didapati supply ada,mungkin terdapat ‘short circuit’ pada board, untuk memastikannya, riben ke panel screen dibuka, dan apabila dibuka didapati gambar tv menyala.
Setelah diselidik, rupanya screen board telah short dan perlu ditukar baru, dan semestinya harga sangat mahal, terpulang kepada pelanggan untuk menukar atau mengambil balik tv ini.