Di zaman internet dihujung jari kala ini..Dah ramai yang pandai membaiki TV sendiri, dengan hanya berguru dengan youtube pun boleh buat..
Tak perlu nak susah-susah belajar di universiti atau pun mencari guru, cuma gunakan pakcik google dan makcik youtube sahaja, semua kerosakan boleh dibaiki dengan mudah..
Tapi..
Perlu diingat..bukan semua ilmu yang terdapat didalam google dan youtube tu boleh dipakai 100% , ada yang boleh pakai, dan ada yang tak boleh pakai, yang penting..tapis ilmu yang anda dapat tu. jangan percaya bulat2.
Ada sorang customer abam wasap bgtau, tv dia pada mulanya gambar elok,cuma kadang2 bergegar, lalu dia pun menggunakan teknologi internet dan mencari jalan penyelesaian masalah, dan jumpa di youtube, kemudian dengan dengan konpiden 150% , dia pun ikut apa yang diajar..
Kesudahannya….
Jahanam tv tersebut, skrin terus gelap, dan terus wasap abam minta repair semula, tapi dah tak boleh buat apa..hukum buang dalam tong sampah sahaja kalau dah jadi camtu..
OK..
Kepada abang2 yang hebat2 diluar sana dan nak cuba baiki TV sendiri dengan tujuan nak menjimatkan duit dari membayar kos bayaran yang dikenakan oleh technician baiki TV , sedangkan technician baiki TV yang bertauliah itu telah menghabiskan hayatnya mempelajari ilmu membaiki TV dengan guru yang betul .
Boleh cuba ikut Tips Dibawah:
- Cari ilmu dari orang yang betul – jangan hanya menggunakan google dan youtube, banyak lagi sumber yang boleh didapati..yang penting tapis dulu ilmu yang anda dapat.
- Beli peralatan asas – Seperti Solder Iron,Solder lead, multimeter ,skru driver philips , jangan guna jari untuk test supply yang ada dalam TV, kecuali anda memang mempunyai impian untuk cepat ke alam barzakh lebih awal.
- Jaga keselamatan – Off kan TV dan cabut Plug, baru buka belakang TV tersebut, jangan baiki TV depan anak2, dipijaknya skrin tu baru nak menyesal, jangan pegang powerboard suka hati walaupun power supply dah off, sebab powerboard tu banyak capasitor yang belum discaj, tak paham? nanti try pegang powerboard tu , dan rasai la nikmat terkena kejutan letrik…sedapppp..
ok, tu saja abam nak share, nak beli sparepart, nak baiki TV atau nak jual TV rosak, boleh hubungi abam di 016-7462737 , no lama 018******** tu dah tak pakai, jangan call no tu ye…TQ