Banyak juga pertanyaan yg sy dapat berkaitan DIY ( Do it Yourself ) membaiki TV ni..Diantara sebab kenapa ramai yang mula berminat DIY sendiri TV ialah..
- Tinggal jauh, kawasan tempat tinggal tiada tempat membaiki TV yang profesional
- Nak menjimatkan Kos , ni sebab utama..nak murah
- Ilmu baiki Tv senang skarang, tengok youtube 1 hari punĀ rasa dah boleh jadi master sifu
ok..
Untuk yang nak DIY sendiri tu, cuba keluarkan sedikit modal untuk membeli peralatan dibawah..
- Multimeter
Analog atau Digital pun takpe, janji anda boleh cek voltan yang terdapat pada TV, dan memeriksa komponen samada ianya elok ataupun rosak. Paling2 cikai pun anda tau board mana yang rosak. lagi satu nak pesan.. jangan korang test pakai jari pulak , nak tahu ada supply ke tak, tu mencari maut namanya.. - Skru Driver
Pastikan anda mempunyai pemutar skru ( skrew driver ) untuk membuka TV anda , beli yang murah pun takpe , janji boleh pakai.
- Soldering Iron
Soldering Iron ni penting untuk membuka komponen yang terdapat pada TV, ada 2 jenis soldering iron , jenis biasa dan jenis yang boleh laras suhu..jenis yang boleh laras suhu adalah yang terbaik, tetapi kalau nak murah, beli yang biasa pun ok.
- Solder Lead
Solder lead digunakan sekali dengan soldering iron, dengan solder lead barula anda boleh memateri komponen pada board. Ada jenis murah dan jenis mahal, jenis mahal biasa digunakan disebabkan lebih mudah untuk melekat pada papan litar berbanding yang murah, tapi kalau nak jimat, beli jela yang murah, tapi kalau lambat melekat jangan komplen..dah nak murah..kannn..
- Solder Sucker
Peralatan ni bertujuan untuk menyedut timah pada kaki komponen semasa kita membuka komponen tersebut, harga pun ada yang murah, atau pun mahal..
Ok..tu 5 benda yang wajib anda ada jika ingin DIY Tv sendiri..ohhh..lupa..ada perkara yang ke 6…iaitu
ILMU..
Ilmu pun ada yang free dan ada yang berbayar, jadi pilihla yang mana berkenan, biasa yang free ni kena banyak eksperiment, kadang2 banyak ke laut dari ke darat…macam yang sy bgtau sebelum ni..jangan percaya bulat2, tapis sebelum cuba..
Semoga berjaya menjadi teknisyen TV..good luck bro!