Dah masuk hari ke 13 raykat rakyat malaysia berada dalam rumah bagi tujuan memutuskan rantaian covid 19 yang makin membiak sekarang ni, tinggal lagi 2 minggu lebih lagi kita perlu menghadap tempoh PKP ( perintah kawalan pergerakan) ni bertabahlah rakyat malaysia..Anda semua kuat…huhu
Ada beberapa perkara penting yang abam nak share hari ni..
1.Kes skrin TV pecah kembali meningkat ketika perintah PKP ni , dah macam sama naik je dengan kes jangkitan, Setiap hari ada je yang wasap tanya camna nak repair skrin yang pecah.
2.Bagi mereka yang 1st time jumpa blog ni , abam nak kongsikan bahawa , TV pecah tak boleh baiki, tak kisahla pecah kat dalam ke , pecah luar ke, kalau tv tak ON pecah tu tiba2 hilang tapi masa ON nampak balik, jawapannya memang TAK BOLEH BAIKI.
3. Jadi , ketika tempoh PKP ni , kalau nampak anak2 anda dah mula nak jadi spiderman atau hulk disebabkan kebosanan, pastikan anak anda tak main berdekatan TV, remote sila simpan jauh2 , jangan bagi diorg berebut, kalau nampak diorg start main baling2 barang tu, tegah awal-awal.
4. Mencegah lebih baik dari berubat , sama je dengan covid 19 ni, elakkan berjangkit sebab kalau dah sakit takde ubat yang boleh bantu, sama je dengan TV , elakkan dari TV pecah, dah pecah apa pun tak dapat.
5. Masa2 kritikal ni, duit banyak nak pakai, jangan bazirkan untuk benda yang tak sepatutnya. TV dah jadi keperluan masa PKP ni , tak dapat bayangkan rumah yang tiada TV tetapi anak ramai, mungkin ada orang yang boleh “survive” dengan tiada hiburan , tetapi kaum ni sangat “Rare”.
Tu je abam nak pesan , semoga ianya bermanfaat kepada semua, benda simple tapi kalau dah berlaku, efeknya besar pada poket kita.
Kedai baiki TV seremban masih beroperasi ketika PKP , cuma waktu operasi di pendekkan dari 12tgh hari hingga 2ptg dan pelanggan perlu membuat appoinment sebelum datang , Tiada walk in custmer dibenarkan.
Untuk pelanggan di sekitar seremban yang rasa boleh lepas roadblock tu , boleh la wasap abam di 0167462737 kalau nak hantar TV rosak.
#stayathome
#covid19