Ada 2 masalah yang biasa dialami oleh pomen-pomen TV samada yang memang buat secara full time ataupun secara part time / DIY, iaitu
- Sparepart original susah nak didapati didalam market.
- Sparepart sudah discontinued oleh kilang.
1. Sparepart original susah nak didapati didalam market.
Untuk mendapatkan sparepart yang original, biasanya ada 2 cara , samada beli secara Online/offline sparepart dari supplier atau kedai TV ataupun beli baru dari pengeluar ataupun kilang. Biasanya beli terus daari kilang adalah lebih mudah cuma harga nya yang sedikit mahal, berbanding membeli dengan supplier.
Tetapi..walaupun anda boleh beli dengan harga murah , sparepart yang anda dapati belum tentu elok.mungkin anda akan dapat sparepart yang rosak, bagi mereka yang mempunyai pengalaman , ia tidak menjadi masalah. tetapi jika anda newbie/ DIY , besar kemungkinan anda akan di”goreng” oleh supplier tersebut sampai hangit..akhirnya..anda juga yang rugi.
2. Sparepart sudah discontinued oleh kilang.
Ini pun merupakan satu masalah kerana kilang/pengeluar biasanya meletakan limit dalam setiap sparepart mereka, biasanya , untuk setiap model TV yang baru, mereka hanya menyimpan sparepart model tersebut untuk 2 tahun sahaja. ia bertujuan untuk cover waranty jika tv baru itu rosak. dan selepas 2 tahun sparepart tersebut akan discontinued dan tidak akan dijual lagi. Lagipun mereka lebih suka customer mereka membeli TV yang baru dari terus menerus membaikinya jika rosak.
Untuk menyelesaikan masalah ini biasanya ada 1 cara iaitu membeli sparepart 2nd hand.
Sparepart 2nd ni biasanya diambil dari TV yang kerosakan skrin ,biasanya rosak pecah, jadi board TV tersebut semestinya original dan harga pula tidaklah terlalu mahal.
Untuk pengetahuan anda, hobbyzone seremban mempunyai kedai online di shopee yang menjual board-board tv yang original, dan pastinya harga yang sangat berbaloi. Semua sparepart ini diambil dari TV yang rosak skrin , biasanya skrin pecah. Setiap sparepart di periksa dan di uji ,serta dipastikan elok sebelum dijual.
Klik Gambar diatas untuk trus ke shopee shop hobbyzone atau klik link dibawah
https://shopee.com.my/hobbyzoneshop
Tetapi..pesanan khas untuk ahli D.I.Y
Sebelum anda membeli sparepart TV , pastikan anda tau apa yang anda beli, atau dalam kata lain, belajar dahulu, jangan mengkhinzir buta dengan mempercayai bulat-bulat apa yang di lihat di online atau utube, kadang2 ada content nampak macam berilmu tapi ajar tak habis.
Jadi pastikan anda belajar sekurang-kurangnya tahu nama board yang ada dalam TV anda, selain dari youtube/online, anda juga boleh belajar melalui ebook ini..
Klik pada gambar atau terus klik link di bawah untuk belian