Alhamdulillah…dipanjangkan umur untuk kita sampai ke tahun 2021 , tahun 2020 meninggalkan banyak kesan keatas kehidupan kita dimana virus covid 19 telah menyebabkan ramai mereka yang dibuang kerja dan banyak perniagaan terpaksa ditutup.
virus covid juga telah merubah kehidupan setiap manusia kepada norma baru . bekerja dari rumah bukan lagi perkara asing di malaysia, perniagaan online terus meletup , syarikat courier tak menang tangan nak hantar parcel dan banyak lagi perkara yang berubah disebab kan oleh covid 19.
Dan…
Dengan masalah covid yang semakin meningkat skrg, negara di datang kan dengan bencana banjir yang teruk di pantai timur, tempat yang tak pernah banjir, air naik sampai ke bumbung, sudah jatuh ditimpa tangga..
Kepada mangsa2 banjir, di doakan semoga selamat dan mengharungi cabaran ini dengan selamat. insyaallah.setiap dugaan yang diberi akan ada hikmah disebaliknya..
Baiki tv seremban melangkah setapak lagi dengan membuka servis yang baru pada tahun 2021 ini iaitu servis membaiki handphone..
kenapa Handphone?
Sebab terlalu banyak permintaan dan wasap dari customer yang ingin membaiki handphone, terutama yang skrin pecah..insyaallah, servis ini akan dibuka tak lama lagi…
Semoga tahun 2021 memberi sinar baru kepada semua rakyat malaysia..