Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Ada beberapa Tips yang boleh membantu anda mengelakan dari kebocoran wang akibat terpaksa membeli TV baru disebabkan TV lama mendapat kemalangan dan skrin nya pecah..
Sebelum itu , apa kata kita pelajari dulu sebab2 berlakunya masalah skrin TV pecah ini ..
Diantaranya disebabkan oleh:
- Anak telah membaling objek kepada TV
- Anak bermain lawan2 depan TV dan akibatnya terketuk skrin TV
- Kucing Langgar Tv dan menyebabkan ia jatuh dan berkecai.
- Cable supply yang bersambung pada TV dibiarkan diatas lantai,akibatnya terkena kaki ketika berjalan dan TV jatuh.
- TV diletakan diatas kabinet berhampiran tingkap, kucing lompat dan langgar TV .
Bagi mengelakan kemalangan TV ini berlaku..beberapa Tips yang anda boleh ikuti
- Sentiasa monitor aktiviti anak2
- Jangan benarkan mereka bermain berdekatan TV
- Didik anak anda, jangan membaling objek, kalau tak kena TV mungkin boleh kena kepala anda..lagi parah
- Jangan letak TV di kabinet yang berdekatan Tingkap.
- Cable supply tu kemas elok2 dan cantik2 supaya tak tersepak..
- Yang paling penting..Pakai TV bracket..terus lekat di dinding..risiko nak jatuh dan kena kencing kucing pun rendah..
Itu diantara beberapa tips yang dapat memberi jangka hayat yang lebih panjang pada tv anda..nak beli baru TV bukanla murah..nak baiki pun mahal..walaupun masih ada warranty..tetapi biasanya Tv yang rosak akibat kecuaian tidak akan di lindungi..
Bertindak sekarang!..sila share dengan kawan2 anda yer..