Fakta atau auta?
Ada orang bertanya, adakah tv yang digantung di dinding lagi cepat rosak berbanding dari Tv yang diletakan di atas kabinet ?
Jawapannya..
Auta..tiada kajian saintifik yg telah dilakukan untuk membuktikan tv yang digantung lebih cepat rosak..
Tetapi berdasarkan pengalaman membaiki TV , kami dapati ..
- TV cepat rosak disebabkan powerplug tidak pernah ditutup semenjak TV itu dibuka dari kotak. komponen powerboard akan bekerja 24jam jika power plug tidak di tutup dan dicabut walaupun TV tersebut tidak digunakan
- TV rosak disebabkan cicak yang masuk kedalam TV melalui belakang TV dan terkena pada board, TV gantung pun kena, TV yg pakai stand pun kena, kerosakan ini bergantung pada mood cicak di rumah tuan/puan.
- TV lagi cepat rosak kalau tidak digantung disebabkan anak/kucing bermain di kabinet TV anda dan secara sengaja menolak TV anda jatuh, kemudiannya skrin anda pun pecah berkecai..
dan banyak lagi sebab2 lain yang menyebabkan TV cepat rosak.
Semoga jawapan diatas dapat memmberi manfaat kepada anda..