Disebabkan PKP yang tak habis2 dari tahun lepas…dan sekolah cuma 3 bulan je setahun, selebihnya anak2 berada 24 jam dirumah..
Maka..
Banyak la TV yang rosak samada disengajakan atau tidak disengajakan..diantara sebab yang disengajakan ialah, anak berebut remote lepas tu dibalingnya remote tu pada TV, maka berkecailah skrin TV seperti berkecainya hati ibu/ayah yang memerhati dan terpaksa mengeluarkan modal untuk membeli TV baru..
Ok..
Disini kami beri 5 Tips sebelum anda membeli TV
- Murah tak semestinya tak berkualiti
Banyak yang kami jumpa TV yang harga murah, tetapi boleh tahan sehingga 3 ke 5 tahun, pastikan anda periksa dulu review di internet sebelum membeli Tv tersebut. - Beli di Kedai lebih baik dari beli Online
Membeli di kedai/store lebih baik dari membeli online , ini kerana jika terdapat apa2 masalah pada tv tersebut, anda boleh terus ke kedai yang kita beli tadi untuk mendapat bantuan, berbeza jika beli secara online, kemungkinan besar seller tidak akan dapat dihubungi setelah beberapa lama. - Pastikan service centre ada dikawasan anda
Jika terpaksa membeli online, pastikan brand yang anda beli tersebut terdapat service centre yang berdekatan dengan kawasan anda, ada kes customer yang kami jumpa, kalau nak claim waranty, kena hantar ke penang sahaja sedangkan dia duduk kat seremban.. - Simpan resit dan waranty kad
Pastikan simpan semua resit dan waranty kad yang anda dapat, kalau ada yang register online, sila register dengan segera, kualiti barangan elektonik sekarang bukan macam zaman 80an, boleh tahan sampai kilang yang buat tutup. Kalau TV rosak dalam masa waranty, anda senang nak claim jika dokumen anda lengkap. - Extended Waranty/Insuran
Jika ada ditawarkan oleh kedai/store ketika anda beli dan anda mampu, sila ambil kemudahan diatas, extended waranty berbeza dgn Insuran, Insuran untuk kerosakan yang tidak ditanggung oleh pengilang/pengeluar seperti skrin pecah dan kena kilat. Jika di rumah banyak tentera yang sedang membesar dan hebat2…silalah ambil Insuran untuk TV anda.
Semoga Tips diatas bermanfaat kepada anda..
Dan selamat berPKP sehingga Abang Jamil……( samsung sambung sendiri )…Huhu