Di lema seorang pembaiki TV..Soalan2 yang biasa menghantui dan sering di tanya..
- Salam Bos, berapa kos repair tv saya ni bos? ( brand tv tak bagi, rosak apa pun tak tau..huhu )
- Bos , Tv saya tak boleh hidup , kawan sy bgtau fuse je putus ni, berapa kos ? ( kawan dia mmg hebat, blum buat apa2 lagi dah tau rosak apa)
- Salam, Saya Pn xxxx , Tv sy tiba2 takde gambar , tuan keje repair tv kan? rosak apa tuan?
Untuk pengetahuan saudara/saudari, Soalan2 diatas memerlukan skill bomoh untuk menilik masalah TV atau teknik scan TV jarak jauh..memang payah nak menuntut ilmu sampai level ni..huhu
ok..
Tak salah bertanya..memang patut pun kena tanya supaya tidak digoreng hidup2 oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan..
Jika nak jawapan yang tepat, silalah bagi soalan yang tepat..
bagitau brand tv anda , model tv ( stiker belakang TV ) dan gambar skrin tv ( jika tv rosak skrin ), dengan ada maklumat tersebut mudah la pembaiki2 Tv ni menjawab soalan anda.
Sebab apa? Lain model, lain harganya..LG lain harga,Samsung lain harga, Smart TV lain harga, Android TV lain harga.
kadang2 pembaiki2 TV ni sehari bukan 1 mesej yang dapat, tapi berpuluh mesej , belum kira lagi yang call time solat maghrib dan pukul 1 pagi semata2 nak tanya pasal tv yang rosak.
Dan kalau boleh, gunakan teknologi whatapps, dan biarlah waktu yang sesuai, mudah bagi kami yang membaiki TV ni memikirkan jawapan yang betul sebelum balas. Insyallah, kami boleh bantu setakat mana yang terdaya.
.
.
Customer : Salam Bos, Tv saya ni rosak, brp kos nak repair?
Saya : Jap bos, nak bakar kemenyan sat