2 perkara ni boleh mengakibatkan anda kerugian ratusan dan malahan ribuan ringgit sehingga terpaksa beli TV baru disebabkan kos membaiki sama harga dengan beli Tv yang baru..Elakkan sekarang !
- Lap Skrin TV dengan kain basah – kesilapan ni biasa dilakukan oleh surirumah, nak nampak TV cantik berkilat, lagi2 kalau skrin TV penuh dengan cop jari anak2, ambil kain basah dan lap skrin TV, hasilnya..selepas beberapa lama , Tv akan mula menghasilkan jalur2 halus..menandakan skrin TV tersebut bakal menuju ke alam barzakh dan tidak boleh diselamatkan.
.
.
Tv di zaman kini bukan seperti TV di zaman 8-10 tahun lepas, sekarang ,Skrin board TV ( tcon board ) berada di bahagian bawah, berbeza dengan dulu yang diletakan dibahagian atas, apabila skrin di lap dengan kain basah, titis air akan jatuh ke bawah dan meresapkan bahagian board skrin, dan hasilnya skrin board akan berkarat dan mula rosak. Boleh gunakan spray dan screen cleaner, ada di jual di pasaraya..
.
.
. - cucuk pendrive terus pada mainboard – kebanyakan tv sekarang mempunyai USB port dan boleh play movie terus dari pendrive , tahukah anda, kebanyakan tv yang rosak mainboard yang saya terima ( terutama smart TV ) disebabkan owner selalu menggunakan pendrive di USB, mungkin terdapat virus di dalam pendrive yang di gunakan, dan harga mainboard bukan lah murah, ada mainboard yang berharga sehingga rm900 , boleh bayar installment kereta..cara yang paling selamat ,gunakan box seperti android box atau pun digital TV box . kalau rosak pun ,masih lagi harga mampu beli..
.