Salam Sejahtera dan selamat bercuti pada semua warga malaysia yang bercuti pada hari ini, cuti thaipusam yang jatuh pada hari khamis merupakan peluang baik untuk warga kerja untuk bercuti lama..
Untuk kali ni , saya nak sambung sedikit berkaitan tool yang perlu untuk D.I.Y , tool ini penting untuk membaiki beberapa jenis kerosakan seperti.
- kerosakan board
- kerosakan backlight
Tool yang saya maksudkan ialah:
Soldering Iron
Apakah kegunaan Soldering iron?
Soldering iron digunakan untuk menanggalkan/memasang komponen di atas board , Jika terdapat kerosakan pada komponen di baord board, kita perlu menanggalkan komponen dengan memanaskan solder/timah di kaki komponen dan menyedut dengan menggunakan ‘solder sucker’ sehingga semua solder/timah di kaki komponen bersih dan tidak lagi melekat pada board.
Selepas di cabut , kita boleh menggantikan komponen tersebut dgn komponen yg baru, cara melekatkan komponen tersebut adalah dengan memanaskan kaki komponen dan letakan sedikit timah ( solder lead ), timah akan melekatkan kaki komponen dengan board.
Soldeing iron ini mempunyai 2 jenis:
1. Soldering Iron (jenis suhu boleh laras)
Kebanyakan profesional akan menggunakan jenis ini, kerana mudah memilih suhu yang sesuai dengan komponen, suhu yang terlalu tinggi boleh merosakan komponen dan juga board.
2. Soldering Iron (Jenis tak boleh laras)
kebiasaan digunakan oleh pelajar dan mereka yang suka melakukan kerja D.I.Y , jenis ini lebih murah , ada yang kurang rm20 sahaja , tetapi kelemahan jenis ini boleh merosakan komponen jika suhu terlalu tinggi, terutama komponen seperti IC.
Walau apapun , hasil solder yang baik bukan lah disebabkan oleh jenis soldering yang mahal, tetapi skill dan praktis yang diamalkan setiap hari, lagi banyak kita praktis menggunakannya, lagi cantik kesan solder yang di hasilkan..
Semoga bermanfaat..
Like..follow dan share untuk artikel seterusnya…( baca dengan nada boss james menjerit )
…Nak Iklan sikitttt