Alhamdulillah..kita telah dipanjangkan umur untuk berada di malam 10 terakhir ramadhan, dimana di malam terakhir inilah akan berlakunya malam yang di nanti oleh seluruh umat islam di dunia ini dan malam tersebut hanya di anugerahkan kepada umat nabi muhammad s.a.w sahaja..
Malam yang di maksudkan tersebut ialah…MALAM LAILATUL QADAR
Lailatul Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat tersebut.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah s.w.t menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam Lailatul qadar. Ianya satu malam yang menyamai beramal 1000 bulan.
1000 BULAN BERSAMAAN DENGAN 83 TAHUN..
Amalan Rasulullah SAW Di Malam Lailatul Qadar
- Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian.
- Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
- Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah.
- Uzlah (tidak mendekati) isteri.
- Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamulail di masjid atau surau.
- Menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir dan sirah nabi.
- Memperbanyakkan bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.
- Membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
- Bersolat Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
- Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
- Berdoa ke hadrat Ilahi. Baginda SAW sering membaca doa: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”
- Berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
Semoga kita sama2 mendapat malam kemulian ini iaitu malam lailatul qadar