Sedar tak sedar kita dah masuk PKP peringkat ke 3, sepatutnya semalam dah tamat , tapi disebabkan kes Covid yang belum menunjukan penurunan ketara maka, PKP disambung lagi 2 minggu…huhu
Dalam masa lebih kurang sebulan kita PKP ni, boleh dikatakan setiap hari akan ada yang wasap tanya pasal nak repair sendiri TV yang rosak secara DIY.
Mungkin disebabkan
- Nak jimat duit
- Kedai banyak tutup
- ataupun dah study kat youtube , jadi nampak kacang sangat kalau repair sendiri..
OK..memang bagus kalau nak repair sendiri ni..cuma..
Kebanyakan soalan yang tim baiki TV dapat semua nak short cut , macam kita ada ilmu tilik…antara soalan yang tim baiki TV dapat…
” Bro,tv saya tak boleh ON, saya agak powerboard rosak, komponen apa sy kena tukar bro?”
Mudahnya kalau kami ada ilmu scan camtu..senang buat duit…
Untuk mereka yang 1st time nak DIY , tim Baiki TV nak share
- Pastikan ada asas elektronik, sekurang2nya kenal komponen dan cara nak cek.
- Pastikan ada tool yang betul ( cth: multimeter ), jangan cek dengan mata,hati atau jari, memang tak jumpa rosak apa..dan… jangan main agak2…
- Kena ada minat , kalau takde minat tak payah buat, buang masa.. takut jadi tikus membaiki labu..elektronik ni kena orang yang sabar, komponen semua kecik2, ada yang kena tgk dengan kanta..
Dia macamni ..
Kalau kita nak jimat duit, kita kena korbankan masa dan tenaga
Kalau kita korban duit, kita dapat jimatkan masa dan tenaga
So , pilih salah satu, nak dapat 2-2 sekali memang tak dapat , walaupun orang tu berpengalaman berpuluh tahun dalam bidang elektronik pun , dia masih lagi perlu guna peralatan untuk cek komponen , sebab kerosakan ni berlaku dengan banyak sebab dan punca..
zaman sekarang ilmu banyak di universiti of google, cuma kena pandai pilih mana yang betul atau mana yang salah je..kalau malas hantar je la kat kedai untuk dibaiki, Setiap rezeki kita tu ada hak milik orang lain juga, kena kongsi..
Teruskan mengoogle dan selamat berjaya…