Diantara kerosakan Tv yang susah untuk dibaiki ialah kerosakan skrin, biasanya ada beberapa simptom skrin yang boleh dikatakan risiko kejayaan untuk dibaiki ialah 50-50.
50-50 bermaksud samada berjaya ataupun jahanam terus..ataupun sama je, tiada perubahan..
Sebelum saya sambung , minta tuan2 dan puan2 untuk Like fanpage saya di link dibawah, ada banyak model tv dan kerosakan yang dah dibaiki saya update, mana tau sama model dengan tv yang rosak tu..ok, sila like ye..
==>> https://www.facebook.com/baikitvseremban
jenis2 kerosakan skrin yang biasa berlaku ialah:
- Gambar berdouble, atau naik turun – biasa berlaku pada model sony, toshiba, samsung dan LG,serta kebanyakan tv-tv model lain, punca pada cof dan skrin panel, cara paling mudah ialah tukar skrin, tetapi harga sama dengan beli TV baru, cara kedua adalah baiki tetapi kemungkinan untuk berjaya adalah 50-50.
- Gambar berjalur hitam (menegak ataupun melintang)- juga masalah skrin, boleh cuba dengan mencuci ribbon, tapi biasanya gagal
- Gambar separuh – juga masalah cof , boleh dihantar ke kekilang yang mempunyai mesin membaiki cof, harga biasa 50% dari harga TV baru
- Gambar gelap , lampu backlight ada – biasa masalah Tcon board rosak, Tcon board yang jenis asing boleh ditukar board yang baru.bagi TV model toshiba,ada disebabkan oleh mainboard yang rosak.
Di harap maklumat diatas boleh membantu , ianya berdasarkan pengalaman2 membaiki Tv yg lepas..
Tapi ingat..
Ini bukan “manifesto” yang wajib anda percayai, mungkin juga disebabkan kerosakan yang lain, yang penting, bawa tv anda kekedai terlebih dahulu untuk diperiksa, kalau mahal, beli je tv baru..huhu
” Tv Rosak? ingat BaikiTV.com”