Sebelum ni pakai antenna tulang ikan dapat siaran TV, kenapa tak dapat pula sekarang ni?
OK..
Mungkin ada yang tertinggal..Sebab ramai jugak yg wasap tanya sebab tak dapat siaran TV percuma..
Bermula dari beberapa tahun lepas..
Malaysia telah bertukar kepada 100% Siaran Digital MyFreeView, Apa yang bestnya ialah, siaran Digital ini adalah Percuma dan gambar serta audionya adalah FULL HD. nak tahu camna gambar full HD? sama macam gambar siaran Astro tu jika anda melanggan yg HD.
Gambar dia mmg cantik ,terang dan kalau tgk siaran langsung bola tu mmg clearla..suara pun sedap..
Tapi ada yang tak sedapnya jugak..
Nak dapat siaran ni kena ada dekoder DVB-T2 atau TV digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (digital antenna). Pastu kalau duk kawasan ulu tu mungkin susah nak dapat, boleh dapat cuma mungkin kena pasang antenna lebih tinggi atau pasang piring seperti piring astro..
Lagi satu yng tak bestnya, kalau duk jauh di pendalaman tu, mungkin siaran akan sangkut2 . jadi mmg kena adjustla antenna tu..
Jika nak guna myFreeview ni, pastikan anda ada 2 benda kat bawah
- Dekoder DVB-T2
- Antenna digital dan cable
cukup 2 perkara ni, anda dah boleh menonton siaran percuma tanpa perlu bayaran bulanan di TV anda, tak perlu TV led pun…
TV kotak tu pun boleh pakai, janji boleh sambung dengan AV cable..
Tapi…
Kalau anda pakai TV yg moden sekarang ni, terutama smart TV ataupun android TV,Biasanya dan ada function utk digital TV, jadi anda cuma perlu beli antenna digital sahaja dan sambung ke TV anda..