Dah 3 hari kita menyambut tahun baru 2019, walaupun tarikh tu sekadar nombor, dan tak perlu tunggu awal tahun pun untuk berubah..tetapi tak salah kalau kita berazam sekarang dan mula melakukan perubahan..
OK..sempena tahun baru ni..mood pun tengah rajin..tim baikitv.com telah pun membuat analisis berkaitan kerosakan yang paling banyak berlaku pada tahun 2018..
Hasil dari analisis yang didapati, kami mendapati #TOP 1 kerosakan yang paling banyak berlaku pada 2018 adalah…
jeng..jeng..jeng..
SKRIN TV PECAH/RETAK !!!
Yes! setiap hari tim baikitv.com mendapat purata 2 wasap bertanyakan masalah skrin pecah..
jadi kalau dikira secara kasarnya , 365 hari x 2 = 730
minimum 730 wasap bertanyakan skrin tv pecah dan semua yang bertanya berharapkan tv masih boleh dibaiki, tapi malangnya..skrin pecah/retak memang TIDAK BOLEH DIBAIKI!
Walaupun ianya tidak boleh dibaiki, tetapi ianya boleh dicegah..sebab kebanyakan kerosakan yang berlaku diatas kesilapan individu..
nanti tim baikitv.com akan share tips bagaimana nak elakkan kerosakan skrin pecah di artikel akan datang..