Ramai yang wasap dan call dan bertanyakan kos untuk membaiki TV yang kena Kilat..betul ke kos baiki lagi mahal dari beli TV baru?
Sebelum tu , pahami dulu keadaan Tv anda..
Ada 2 keadaan yang akan berlaku kepada Tv LCD dan LED yang terkena kilat.
- Lampu Led depan ( standby ) menyala.
- Lampu Led Depan ( Standby) Padam
Kebiasaannya, TV akan terkena Kilat melalui 2 cara:
- Kilat kena pada wiring dan ke plug yang bersambung pada TV
- Kilat kena pada Piring astro/antenna yang bersambung pada TV
Macamana kita nak tahu kilat terkena pada Plug atau Piring Astro? Mudah sahaja, jika dekoder astro kita rosak, maknanya kilat telah terkena pada piring astro, kemudian pergi ke dekoder,seterusnya pergi ke TV.
Berapakah kos membaiki TV yang terkena Kilat?
Ia bergantung pada jenis kerosakan , model TV dan saiz, biasanya lagi besar saiz TV ,lagi mahal harga sparepartnya.Jika Kilat masuk melalui plug dan pergi ke TV, kerosakan biasa berlaku di Powerboard TV.
Jika Kilat masuk melalui dekoder astro, kerosakan berlaku pada mainboard dan kos membaikinya menjadi lebih tinggi disebabkan harga mainboard yang biasanya mahal. Kos akan menjadi lebih tinggi jika TV anda jenis smart Tv dan Android TV.
Adakah berbaloi membaiki TV yang terkena Kilat?
Masih lagi berbaloi kerana kos lagi rendah dari membeli TV baru, biasanya dari rm250 keatas, bergantung jenis kerosakan board dan saiz TV anda.
Bagaimana untuk mengelakan dari terkena kilat?
Pastikan anda mencabut PLUG TV ketika hujan lebat, dan juga kabel HDMI ataupun RCA cable yang bersambung dari Astro .
Dengan sedikit usaha tersebut, anda boleh menyelamatkan poket anda dari kebocoran yang tak disangka seperti ini.
Jika anda ingin membaiki TV terkena kilat, Sila..
wasap : 016-7462737 , Call : 06-8514335 .
jenis kerosakan dan model Tv anda, Tim baiki Tv akan membantu anda.