Selalunya apabila berlaku litar pintas atau kilat , main supply ELCB di rumah kita akan trip, ia adalah perkara yang normal untuk ELCB berkerja sebagai langkah keselamatan mengelakan barangan lain didalam rumah rosak..dan untuk keselamatan penghuni rumah itu sendiri.
Apa yang perlu anda lakukan jika berlaku TRIP dalam rumah anda?
Ini merupakan Tips penting bagi mengelakan barangan elektrik dirumah anda rosak..
Situasi :
Abu Sayaf ( bukan nama sebenar ) sedang menonton TV..
ketika itu hujan lebat dan kilat sedang sambung menyambung di luar rumah..
Abu Sayaf ni seorang yang degil, walaupun dari kecik mak dia nasihat kalau hujan jangan buka TV tapi dia masih lagi buat bodo masa hujan..
Sebab bagi dia semua ni adalah tahyul, dah 40 tahun hidup, sekali pun tak pernah TV dia rosak sebab Tonton Tv masa hujan..
Tiba2…KABOOOOOMMMMM.!!!!
bunyi kilat kat luar…
Rumah terus gelap…elektrik terputus…
“Alamak! Trip pulak”…getus hati abu Sayaf
Abu Sayaf terus cepat2 ke main DB di rumah nya dan ELCB di rumah nya trip sebab kilat tadi, Dia terus menolak Suis ELCB keatas..
“PAPPPP…” Semua lampu menyala…tetapi TV Padam…tak boleh ON…
“Aduiiiii….TV dah jahanam …ni mesti kilat tadi….huhu..”
Abu sayaf pun menangis teresak2 di bucu katil sambil mengenangkan nasib terpaksa mengeluarkan modal untuk baiki TV…
Anda MUNGKIN boleh mengelakan situasi jika anda melakukan perkara dibawah:
- Ketika berlaku TRIP dirumah, tak kira apa jua punca sekali pun, pastikan anda cabut semua plug barangan elektrik terutamanya TV, modem , peti ais model inverter , PC dan sebagainya..Kemudian tunggu sebentar, dalam 2 ke 3 min, barulah ON ELCB rumah anda.
- Ini kerana didalam barang elektrik banyak terdapat kapasitor yang sedang berfungsi sebagai menyimpan cas , jika anda terus on dan TV anda masih terpasang, kemungkinan TV anda mendapat 2 kali supply dan kemungkinan besar boleh menyebabkan komponen elektronik didalamnya rosak. bagi TV anda rehat dulu dalam 1/2jam, baru lah boleh cuba ON TV anda.
- Inilah yang biasa terjadi , pada kebanyakan TV yang kami dapat , tidak terdapat kesan terbakar akibat kilat, tetapi banyak komponen kecil (SMD) yang rosak mungkin disebabkan , power supply yang di ON secara tiba2 ketika rumah trip..
Tetapi jika anda melakukan perkara diatas dan tv anda masih lagi tak berfungsi, kemungkinan besar Tv anda memang kena panahan asmara kilat dan telah rosak…
Kesimpulannya…Majulah sukan untuk negara…Tiberrrr..mentang2la musim olimpik..
Kalau sayangkan poket anda,jangan tonton TV ketika hujan dan cabut semua cable yang menyambung ke tv anda,samada plug ,hdmi ataupun LAN cable.
Malang tak berbau…Jangan jadi macam Abu Sayaf