Assalamualaikum dan dalam sejahtera..
Kerosakan yang paling mahal kos pembaikiannya untuk TV LCD,LED dan Plasma ialah menukar screen/skrin , harganya boleh mencecah RM10,000 untuk TV bersaiz 60″ , bagi TV bersaiz 32″ inci pula harga bermula dari RM800 dan keatas..
Pendek kata..Tak berbaloi..baik beli baru dan jual sahaja tv yang rosak screen/skrin dengan harga murah, simpan di rumah pun tak berguna juga.
Kebanyakan masalah screen/skrin bukan disebabkan retak dan pecah sahaja, tetapi banyak masalah disebabkan oleh board screen/skrin yang berkarat, mungkin disebabkan terkena kencing kucing atau pun air, disebabkan karat tersebut akan berlaku short circuit pada board screen/skrin dan menyebabkan TV mendapat simptom dibawah:
- Gambar terus gelap tetapi suara ada
- Jalur menegak , makin lama semakin banyak
- Sebelah tv mempunyai gambar,sebelah lagi tiada gambar
- jalur melintang berwarna hitam
Terdapat beberapa cara untuk memeriksa samada screen/skrin board rosak atau pun komponen lain rosak, samada dengan memeriksa keadaan ribbon terlebih dahulu dan tcon board.
Sebelum anda membuang TV anda yang anda syak screen/skrin rosak, anda boleh bawa tv anda kepada kami terlebih dahulu untuk pemeriksaan percuma, mana tau mugkin masalah lain, lagi pun kalau dah confirm skrin rosak, nak buang pun puas hati..
hubungi saya di 016-7462737 untuk maklumat lanjut.